Skip to main content

Salam Maulidur Rasul... Kita mampu merancang..Allah menentukan..

 
 
Salam Maulidur Rasul..Salam Sejahtera.....
Jatuhnya Maulidur Rasul tahun ini pada 3/1/2015 bersamaan hari Sabtu..tahniah kepada semua yang telah menyemarakkan sambutan tahun ini..seronok dan terasa aman melihat perarakan sambil berselawat yang telah diadakan..
 
Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W
Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-
  1. Melaksanakan perintah Allah.
  2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
  3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
  4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
  5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
  6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
  7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
  9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
  10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
  11. Allah akan menutupi segala dukacita.
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
  13. Mendapat darjat al-Sidq.
  14. Ditunaikan segala hajat.
  15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
  16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
  17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
  18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
  19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
  20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
  21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
  22. Tidak akan merasai fakir.
  23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
  25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
  26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
  27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
  29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
  31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
  32. Mendapat kesempurnaan iman.
  33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
  34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
  1. Teguh pendirian dengan kebenaran.
  2. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
  3. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
  5. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
  6. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
  7. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.
Rujukan : www.muftins.gov.my


Since Sabtu hubby tak kerja so we all decide nak jalan2 ke kota raya hehehehe ke KL le yang dah almost 3 tahun tak jejak takat lalu tepi jeling2 je selama ni coz hubby serik coz last masuk KL..dia kena saman hehehehe..maka around 11am we all pun keluarlah dengan harapan nak g ronda2 kut2 ternampak sale yg bagus2 bolehla berhenti... kitorang g naik motor je..scary nak masuk kl naik kereta..jemmmm

Feeling lost & stranger..walaupun zaman bercinta boleh redah jalan kaki 1 kl...now! boleh sesat larat tak tau ke mana.. we all dah jadi cam rusa masuk kampong huhu..last2 guna jela GPS..walaupun jalan yang ditunjuk kenkadang mengarut we all followwww.. perut pun dan sangat berkeroncong so hubby decide makan kat  Hard Rock Cafe Kuala Lumpur je.. tempatnya pun agak cozy & tak crowded..bolehla bernafas sikit setelah sesat larat segala...fuhhhh lega...
Luckily tak ramai orang so tak buat reservation still boleh dapat seat..
Hubby makan BBQ Chicken & I makan Cheese Burger..both sedap & recommended..
Pas makan...merayap jap ke Rock Shop kat sebelah ni je..tambah koleksi t-shirt & pin.. so dapat resit tu jangan lupa add member point kat http://hardrockrewards.com/ & isi survey kat http://www.hardrocksurvey.com/ untuk dapatkan free appetizer for next visit :)
 
Next Plan:
Asal : Jalan2 ke Bagan Lalang ambik angin pantai di waktu petang sambil bersantai2 gitewww...
 
Yang terjadi : Allah know the best... before sampai diverging area nak masuk ke Nouvelle Hotel Sg. Besi..motor jadi bergoyang2..group of ladies in kancil hon kat kitorang sambil tunjuk tayar.. hubby berhenti tepi jalan...oh noooo tayar pancit sangat3.. motor memang tak boleh naik langsung takut rim pula rosak.. so I jalan kaki almost 2km ke McDonald Stesen Petron Sg Besi...sangat2 penatsss...
 
Terpaksa lah susahkan mama, babah & ain petang tu..kesian sangat..diorang tengah bersantai santai kena rush untuk tolong we all..huk huk love u all lotsssss...

 Our lovely Babah datang naik lori dengan orang kedai motor.. since tayar pun dah kurang bunga hubby pun tukar terus tayar baru..
Our lovely mama & sis datang ambil I while hubby & babah g kedai motor naik lori.. kitorang pun lepak dulu makan2 since kat luar pun tengah hujan lebat..
 
Next Plan:
 
Asal : I g rumah my parent on Sunday since hubby kerja..
 
Yang terjadi : My mum, sis & niece balik rumah I hehe... Allah knows the best.. while with them time flies so fast huhuhu... we had girls day out while hubby kena kerja.. happy working darl :)
 
Lepak @ mamak @ malam minggu + breakfast with the famous roti canai mantin + shopping mum & sis groceries + Intan's thing @ Tesco Nilai then having The Chicken Rice Shop,Giant Nilai sambil tapaukan sekali tuk babah & hubby...
 
Jap je dah petang Ahad... bye2 my lovesss.. love u all.. tq datang rumah :)

Kerja Intan... wat rantai biji2...
 
Malamnya I & hubby layan transformers sambil iron baju...
 
Nice weekend actually..lots of masam manis lots of lovesss hehehehe...
 
BYEEEEEEE.................
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Lake Cempaka Villa Bangi : Khaleef Turn 6!!!! HB my Baby Boy :)

Assalamualaikum... Salam Sejahtera Kalini nak share sikit tentang 1 lokasi yg baru di pengetahuan aku 'LAKE CEMPAKA VILLA' @ BANGI.. untuk korang yg dah aware tempat ni baguslah.. untuk yg tak tau ni nak bagitau.. Actually tempat dipilih oleh My SIL @ Mummy Khaleef.. kami 1 family mmg blur kat mana lah tempat ni coz tak pernh nampak.. rupa-rupanya locationnya sangat strategik berdekatan dengan tasik & near to McD Bangi.. and diuruskan oleh pihak D'Saji Catering.. Yang menariknya.. untuk family kami ni taklah berapa ramai.. tapi with 2 cutie pie ni memanglah havoc dibuatnya.. tambah pula hujan selebat2 amat.. - tempat ni mempunyai ruang parking yg luas.. - hujan tersangat lebat.. tapi staff sgt friendly.. siap boleh pinjam payung dari reception counter - our family tea-time around 4.30pm.. orang tak ramai so bolehlah bgumbira sesuka hati.. - the food taste is acceptable with very reasonable price.. - ada ruang2 tertentu untuk occassion2 tertentu.. - kalau tak...

KSL HOTEL & RESORT JB : REVIEW

  Assalamualaikum.... Hye.... Entry kali ni I nak story pasal percutian sambil bekerja with my BFF pada 6 - 8 Disember 2015 hehehehe... my mama & my niece.. hope sangat babah dapat joint tapi since perjalanan yg jauh & kereta I yg tak seberapa selesa ni babah risau nak joint coz babah dah tak kuat cam dulu2.. hope 1 fine day I manage utk memiliki my dream car & boleh bawa mama & babah jalan jauh2.. kesana sini..InsyaAllah.. :)   Kalini kami ke KSL Hotel & Resort yang terletak di Johor Bahru... since jarang2 I drive jauh2 sendiri coz mama dah tak berani nak drive & Intan belum ada lessen hehehehe so I pn dah prepare segala benda awal2... isi minyak.. TnG.. ++++++ lagi lah hehehhe..     My BFF tersayang... Tahun ni sangat busy + macam2 yg terjadi.. jarang dapat bawa mama jalan2...   Sampai kat area hotel around 4pm.. mak aih jem gilez nak masuk lobby.. 2 kali pusing akhirnya dapatlah masuk lobby.. ch...

Hotel Grand Alora Alor Star Kedah : Review

Assalamualaikum...Hye... Lama sungguh tak update my blog ni huhu.. maklum da nak hujung tahun so kerja di office makin berlambak + kerja luar yang perlu di attend before tutup buku tahun 2014 :) Ok lah...arini I nak share my experience masa stay kat Hotel Grand Alora Di Alor Star Kedah since hotel ni pun masih baru & lokasinya yang sangat strategic... terletak berdepan dengan Tesco Alor Star & deretan bank memang satu pilihan yang bijak untuk mereka yang jarang berkunjung ke sini macam we all hehehe last pegi pun 3 years ago rasanya... masa I ada kerja di Kedah... hotel ni juga sesuai untuk mereka yang travel with public transport...since kalau nak makan makanan famous2 kat Kedah ni u all just keluar beberapa tapak dari hotel and boleh Nampak deretan gerai yang menjual pelbagai pilihan makanan or just makan di hotel coz makanan kat hotel ni di sahkan HALAL...  Untuk info lebih lanjut u all boleh terus klik link ni : http://www.grandalorahotel.com/ Toiletr...