Alhamdulillah .. masih diberi kesempatan olehNya untuk meniti ke tahun 2015 ...selamat tinggal 2014 yang penuh warna warni..pahit manis..suka duka.. semoga hari2 yang mendatang lebih baik lebih indah lebih membahagiakan .. segala yang baik dijadikan tauladan dan sandaran..yang buruk jadikan sempadan dan pengajaran... Walaupun tidak semua azam yang diimpikan di 2014 tercapai tetaplah bersyukur kerana hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.. sebagai manusia biasa kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal ..Dia juga yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya... :) 2014 juga merupakan antara tahun yang getir untuk Negara kita .. bermula kes yang masih menjadi misteri MH 370 ( #PrayForMH370) then tragedy menyayat hati MH 17 ( #PrayForMH17 ) dan yang terbaru tragedy banjir besar yang melanda Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang), Perak, Kedah, Johor dan Sabah ( #Banjir2014 ). Semuanya mengundang air mata yang bukan sedikit.. kedukaan..kelu...
Suatu ketika..lahir anak kecil yg seringkali tidak sihat..mama n babah berusaha menjaga dan menyintainya sepenuh hati..Mama n Babah percaya anak ini akan menggapai impiannya walau lahir dari keluarga serba sederhana..anak ini membesar dengan impian2 fairytale yg menjadikan dia sering bermimpi..Walau di luar sana ada yg cuba melemahkan jiwa kecilnya tetapi dia tetap bermimpi kerana dia tetap yakin kuasa doa & keajaiban..Anak itu akhirnya menjadi dewasa dan menulis nukilan2 ini dari hatinya..