Skip to main content

Temerloh Bandar Ikan Patin : Review

Assalamualaikum...hyeeee...

Weekend ni aktiviti jalan2 dengan buah-buah hati hehehe my mama, babah, hubby and lil sis..pas fikir punya fikir I decide habiskan hujung minggu di Temerloh @ Bandar ikan patin.. why Temerloh? hehe coz my mum berasal dari sini so saja nak bagi mama mengenang zaman kanak-kanak and remaja mama suatu ketika dahulu :)

For us pula..balik Temerloh mean masa untuk menikmati makanan kampong sepuasnya.. zaman tok ada dulu lagi lah best but now both dah tiada lagi but kenangan with them tetap kekal mewangi..

Kat sini we stay kat Green Park Hotel.. our first experience coz before ni we stay kat Seri Malaysia or Hotel Jelai but both hotel penuh..hmmm ramai juga yg berjalan ke Temerloh ni sampai penuh hotel..lucky we all dah book awal huhu...

Hotel ni terletak agak isolate & agak besar with private parking...hmm not bad... I book 2 room, 1 is family type and another 1 is standard room since we all berlima so semua boleh rest dengan selesa.. the rate really affordable; Family room : RM 118.00 / Standard room : RM 83.00.. paling best biliknya bersih and sangat besar.. also ada fridge and bath tub kat family room hehehe ok lah kan? so pada u all yang bercuti ke Temerloh hotel ni one of recommended place to stay :)



Dah sampai ke Temerloh so wajiblah lunch di Gerai Sri Semantan yang terletak betul-betul berdepan Sungai Pahang Medan Selera, Lurah Semantan, Temerloh. Kedai ni menyediakan makanan berasaskan kerbau so memang susah nak didapati di tempat lain.. paling awesome masakan otak kerbau dan tembusu yang dimasak secara minang.. haruslah datang cepat kalau tak memang tinggal kuah je ok... and kedai ni tutup on Sunday... Kat hujung deret kedai nilah letaknya Kedai Pak Yusuf pengusaha ikan patin tempoyak yang sangat famous tu...


Bersantai di waktu petang sambil menikmati kopi di Kopitiam Kampung memang sangat synonym dengan masyarakat di sini.. kopinya yang sangat sedap ala2 kopi Vietnam & roti kukusnya yang lembut membuatkan kedai ini tetap kukuh bertahan sehingga ke hari ini... suatu masa dahulu inilah kedai wajib singgah tok bersama mama...dari zaman kanak-kanak mama tastenya tidak pernah sedikit pun berubah.... Restaurant Ban Hing & Hotel
 
Salah satu keistimewaan nasi lemak di Temerloh adalah sambalnya...pada anda yang biasa dengan sambal merah menyala pasti sedikit terkejut bila menikmati sambal bilis oren yang dihidangkan bersama nasi lemak...hehehe cuba dulu baru tau.. mungkin akan bertambah coz rasanya yang memang sukar dinafikan keenakannya... pada yang berhajat boleh singgah di gerai yang terletak berdepan Hotel Jelai..selain nasi lemak makanan panas lain turut disediakan...
Bangun pagi perut terasa lapar semula.. ayuh berkunjung ke Restoran Kassim Bandar Temerloh yang menyediakan roti canai istimewa bersama gulai daging yang cukup awesome! tapi kedai ni memang ramai peminat so silalah bersabar mencari meja dan menunggu order tiba k :)
Perut sudah diisi kita teruskan aktiviti wajib di pagi Ahad... berjalan menyusuri Pekan Sehari Pekan Sehari Temerloh,Sepanjang Sg Pahang... kat sini u all boleh beli segala macam hasil tani, ikan yang jarang2 ada di pasaran, kuih pelbagai citarasa, kelengkapan lelaki dan wanita, pendek kata segalanya ada di sini...sila sediakan wang tunai mencukupi kad kredit tidak diterima hehehehehehehe....

Destinasi makan-makan terakhir sebelum sampai ke KL... Genting Sempah... one of peniaga di sini En. Harun telah kami kenali sedari kecil lagi.. masakan nasi ayam arwah ibu beliau antara yang terbaik pernah kami nikmati..
Suatu percutian yang sangat manis untuk dikenang.. saat bergembira, berbual, bergurau dan bermesra dengan insan-insan penting dalam kehidupan...
Love mama & babah so much :*
 
 

Comments

Popular posts from this blog

7 years Wedding Anniversary: A nite stay @ Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur + Break fasting treat @ The Ship Pertama Complex

Assalamualaikum.. 7 years dah kami berkahwin.. Alhamdulillah syukur...tahun ni kebetulan date Anni kami jatuh on ramadhan.. so memandangkan kami selama sebulan ni memanglah teramat busynya dengan menyiapkan rumah sewa (Alhamdulillah dah siap.. hope dapat penyewa2 yg baik & best) also trip ke Penang & Bintulu due to kerja Zull memanglah tak nyempatnya nak menyoping baju raya segala.. so anni kali ni we decide nak stay somewhere yg very near to KL so senang nak g shopping baju2 segala untuk raya.. after do some research we decide to stay kat QHCC ni http://www.quality.com.my/   So 2 days before 3/7 kami pun book hotel by Agoda.com Alhamdulillah dapat rate yg best & under our budget hehe I likessss.. Malam tu kami celeb dulu kat Q-Thai Mitsui KLIA sesambil I belikan Zull kemeja Bonia as gift for our Anni.. tahun ni economy agak tight so kita bg present ala2 je la hihi... Next day on 3/7...check in @ 2pm.. zull siap2 book berbuka puasa kat The Ship Pertama Complex h...

Aku Mahu Menjadi Hebat

Assalamualaikum.. Entah kenapa aku rasa nak menulis ini di hari ini.. Tapi bila melihat kejayaan ramai pihak yang sangat hebat sangat indah sangat Berjaya aku sangat teringin menjadi hebat.. bukan kerana tidak bersyukur.. ya Allah aku amat bersyukur atas kurniaanMu kepadaku.. Melihat Neelofa yang Berjaya menunaikan haji dalam usia muda membuatkan aku rasa indahnya menjadi hebat dan Berjaya.. kerana aku juga punya impian.. walaupun aku pernah menunaikan umrah sebelum ini tetapi untuk menunaikan haji dengan kaedah muassasah masa tu umur aku dah almost 80 tahun.. ya Allah lamanya lagi.. Melihat Dato Siti yang saban tahun menunaikan zakat dalam amount yg sangat banyak.. membina masjid dan sebagainya membuatkan aku rasa betapa indahnya menjadi hebat dan Berjaya.. kerana aku juga punya impian.. walaupun setelah bekerja saban tahun menunaikan zakat tapi nilainya sangat sangat sangat kecil dibandingkan orang2 yang hebat dan Berjaya.. Melihat RCW yang saban bulan melancong dengan ...

JB : JPO , Hello Kitty Town , Legoland

Assalamualaikum......... Hye.....   Cont my blog under label cuti2 Malaysia :) As usual.. untuk agenda cuti2 Malaysia we all jarang buat proper plan.. plan lain g lain hehehe... so kali ni I nak cite pasal our trip to JB... hehehe actually selalu sesangat ke JB ni maklumlah tempat mula2 bercinta acecececeh hehe tapi kali ni version lain sikit coz kitorang suddenly ambil 4 days leave after hubby kena kerja for 3 months 7 days/week huhu so g kali ni memang juz untuk release tension... cam biasa bila kitorang pergi memang dengan tujuan nak jalan2 cari pasal hehe we all takkan stay kat luxury hotel or yang ada bintang2.. so we just walk in je... save budget hehe..   Pagi2 buta dah gerak.. singgah mamak jap untuk breakfast then Bismillahirrohmanirrahim..   1st check point kami di Johor Premium Outlet ... ni tempat wajib singgah tiap kali on the way pergi and balik dari JB.. pada yang kaki shopping sila budget dalam ...