Skip to main content

Hotel Grand Alora Alor Star Kedah : Review

Assalamualaikum...Hye...

Lama sungguh tak update my blog ni huhu.. maklum da nak hujung tahun so kerja di office makin berlambak + kerja luar yang perlu di attend before tutup buku tahun 2014 :)

Ok lah...arini I nak share my experience masa stay kat Hotel Grand Alora Di Alor Star Kedah since hotel ni pun masih baru & lokasinya yang sangat strategic... terletak berdepan dengan Tesco Alor Star & deretan bank memang satu pilihan yang bijak untuk mereka yang jarang berkunjung ke sini macam we all hehehe last pegi pun 3 years ago rasanya... masa I ada kerja di Kedah... hotel ni juga sesuai untuk mereka yang travel with public transport...since kalau nak makan makanan famous2 kat Kedah ni u all just keluar beberapa tapak dari hotel and boleh Nampak deretan gerai yang menjual pelbagai pilihan makanan or just makan di hotel coz makanan kat hotel ni di sahkan HALAL...


Untuk info lebih lanjut u all boleh terus klik link ni : http://www.grandalorahotel.com/
Toiletries agak lengkap cuma takde sikat je :)  
 

Biliknya tidaklah terlalu besar tapi sangat selesa untuk kami berdua.. kalau tambah lagi 1 or 2 kids pun masih ok.. yang penting katil & bantalnya sangat best...lembut and selesa macam tidur kat hotel 5 bintang..tu paling penting untuk kami yang merentas perjalanan almost 500km untuk ke sini hehehehe...
 
Perjalanan yang jauh + cuaca yang panas membuatkan kaki malas sungguh nak melangkah keluar dari bilik..so order je kat bilik.. rupa cam kureng tapi taste of food memang nyami2 enak banget hehehe harga pun sangat2 berpatutan.. mee goreng + sandwich = +- RM 34.00
 
En. hubby yang kelaparan hehehehe... say cheese :)

Aktiviti santai petang hari wajiblah mandi splash2 kat pool hehehe..kitorang datang Ahad so orang tak berapa ramai bolehla enjoy2 di kolam.. pada yang nak gym pun machine2 nya still new so boleh lah berpeluh satu badan heheheh... pool & gym terletak di tingkat 3 :)

Stay 2D 1N for 2 with breakfast @ RM 230 (all in)
 
 
Pas berjalan2 melepak pula kat lobby.. ni memang acara wajib hubby kalau g memana.. walau ada bilik still nak melepak kat lobby hehehe sebab wifinya lagi kuat wink wink wink!
 
Malam tu kitorang g makan kat Iman Kueyteow
https://www.facebook.com/pages/Iman-Kuey-Teow-Alor-Star/159956257429336 yang sangat glamer tu.. ok sedap nyam2.. price pun sangat murah..tapi lupa pula berapa harga kitorang makan kue teow kerang dengan air buah...Alhamdulillah sangat kenyang :)
 
Howyee dapat juga makan char kue teow Abu Nawas before balik.. tambah dengan cili jeruk fuhh memang sedap kenyang sampai ke malam....
 
Stranded di Hentian Tapah for 3 hours until 2am huhu jalan tutup both side coz banjir kilat di area Behrang... haha kedai banyak dah tutup so makan jela nasi pepagi buta itu...nak beli buah pun tak sempat gerai buah mostly dah tutup... Nasibla dah rest2 kat hotel yang selesa so walaupun sampai ruamh at 5am esoknya still boleh g outstation ke Seremban dengan senyuman :)))))
 
 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

  1. Replies
    1. Best sangat.. rasa macam tak cukup 1 hehehehe..lagi ada lada berjeruk wallah!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

3days2nite @ Klana Resort Seremban

Assalamualaikum..........   Alhamdulillah...after 5 moths dengan pelbagai isu dan masalah.. on 6-8 Mei 2016 hubby bawa I bercuti.. memang hubby plan nak bercuti yg dekat je sebab kami just nak rest and relief kan minda so 1st plan nak ke PD... cari punya cari hotel kat PD yg agak ok & ada swimming pool yang besar semua rate nya agak tinggi.. maklumlah weekend... kebetulan Khamis tu cuti Israk Mikraj di N.Sembilan.. last2 hubby decide ke Klana Resort Hotel yang terletak just few km from my office.. hehe lawak pun ada & memula rasa tak berapa seronok.. coz hotel ni memang dah selalu I g masa zaman kanak2 with my parents.. and baru2 ni I ada kursus kat sana cuma tak stay je... tapi dah book I pun redha jelah.. atleast dapat lari dari sekejap dari kesibukan seharian kira ok jelah...   https://www.klana-resort.com.my/   Melangkah masuk je ke Lobby Hotel... wahhhh terus rasa segar sangat dengan deruan air terjun yang menyambut ...

My Sis Wedding : Majlis Akad Nikah

Akad nikah  (dari bahasa Arab 'aqd =  عقد ) atau  ijab qabul  merupakan ikrar pernikahan. Yang dimaksud dengan akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara  perkahwinan menurut Islam . Akad nikah boleh dijalankan oleh  wali  atau diwakilkan kepada seorang  jurunikah . Majlis Pernikahan my sis Lissa & Zamri telah diadakan pada 18 /11/ 2017 di Masjid UPM pada jam 10.30am berwalikan ayahanda kami yg tercinta Hj Mohd Taserip dan dan diwakilkan kepada jurunikah yg merupakan imam di UPM. Alhamdulillah majlis dipermudahkan, adik aku sah bergelar isteri dengan sekali lafaz.. syukur pada Allah.. semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia.. begitu juga dengan kita semua.. aaminnn.. bagi keselesaaan semua pihak memandangkan pihak lelaki datang jauh dari Kedah dan pastinya keletihan kerana baru sampai ke KL lewat te...