Skip to main content

Cuti Rehat + Birthday Babah : Enjoy the day.. feel the moment..


Assalamualaikum...
Hye......

Semalam I cuti coz ada appointment... so pagi2 lagi I & hubby dah gerak untuk appointment kat area Shah Alam.. pas settle everything and kembali bertenaga perut pun mulalah terasa lapar lagipun pagi tadi tak sempat nak breakfast... hubby suggest we all g makan kat 1 kedai ni kat area Seksyen 10 Shah Alam... Restoran Pak Mal Nasi Ayam. I pun setuju jelah since hubby bagitau kawan2 dia recommend kedai ni sedap..


Address Restoran Pak Mal Nasi Ayam: Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor

Sampai di kedai ni orang still belum ramai tapi katanya memang kalau time lunch hour susah juga nak dapat tempat.. Actually kat sini bukanlah jual nasi ayam semata-mata.. banyak lagi menu lain.. yang best sambal & kicap untuk nasi ayam dorang letak je atas meja so senang kalau nak tambah banyak mana pun... and.. ada cili jeruk juga nyam3... I memang sangat suka cili jeruk ni hehehehe.. dan lagi satu yang best airnya di serve dalam gelas ala-ala botol and besar so tak lah asyik nak kena order air time makan coz cilinya agak pedas juga...
I order nasi ayam rempah + nescafe ais... hubby makan nasi ayam biasa + 1 nasi tambah + sirap limau @ only RM17.00++..sangat berbaloi..
 
Untuk avoid any problem make sure before makan u all beli dulu parking tiket yang turut dijual di kedai ni... so kalau MBSA lalu u all still boleh berborak tanpa perlu berkejar-kejar ke kereta..

Gores & Jangan lupa pamerkan tiket di dashboard

Pas makan.. masa untuk istirehat.. we all plan ke MBO Space U8 je since paling dekat, senang parking + we all belum pernah ke sana.. masuk je dalam Space U8 arkkkkk!!!!!!! sangat terkejut coz dalamnya sangat kosong & banyak kedai yang masih belum dibuka...
Kawasan dalam Space U8 ni luas and open concept + ada air terjun sesuai untuk bersantai..malangnya kedai tak banyak yang buka...
Since tiada apa yang menarik hati selain sebuah kedai DIY yang agak meriah we all pun terus ke MBO...hmmm setelah view board yang show cerita2 for today tu we all decide nak tengok cerita cina action movie... Kungfu Jungle.. dipendekkan cerita! we all bagi 8/10 bintang untuk filem ni... memang best and langsung tak boring.. pelakon2 pun best.. recommended!!


MBO Cinema SPACE U8: 2A-1-3, Persiaran Pasak Bumi, Bukit Jelutong Business And Technology Centre,
 40150 Shah Alam, Selangor
Since harini hari bersantai tuk we all.. we decide to meet our good friends.. both husband & wife pengusaha Pusat Akademik Genius World Solution yang terletak di TTDI Shah Alam also the wife penulis buku Genius dari Syurga Pn. Ainizal Latif.. our good & sweet friends yang sangat banyak membantu & memberi motivasi for us... petang yang sangat indah.. release sangat kepala bila dapat jumpa dengan orang-orang yang boleh memahami kita...
Around 6.30pm terus rush from Shah Alam ke Kelab Tasik Putrajaya yang terletak di Presint 8 Putrajaya... Birthday celebration for our lovely babah :)... actually plan nak book steamboat kat PICC malangnya dah full house huhu....takpelah janji boleh berkumpul all family..tu paling penting..
 
Alhamdulillah Babah turn 60.. semoga Babah & Mama dikurniakan kesihatan keselamatan dan kesejahteraan yang baik dan berpanjangan...dipanjangkan umur...dimurahkan rezeki..diterima segala amal ibadat olehNya...
 
Kalini I memang tak berapa nak sempat g jalan2 cari present... coz mula2 I ingat nak bagi camera since babah suka sangat ambil gambar cucu2nya..tapi bila risik2 babah cam tak berminat sangat..so I ambil keputusan drastic beli something yang babah memang pakai heheheh so terus ke Butik Bonia kat Alamanda tangkap sepasang kasut kulit untuk Babah..siap cakap kat orang kedai if tak muat or babah saya tak suka design ni saya tukar yang lain tau hehehe...
Kelab Tasik Putrajaya : Jalan P8, Presint 8, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

My heart & soul.. May Allah bless & shower them with lots of love & happiness

We! :)

Mama tengah busy call our big bro yang tak sampai2.. rupanya Along & SIL demam so tak dapat joint...

We with our lovely niece yang asyik nak main hp Pak Ngah :)


Sampai kat rumah @ 11pm.. mandi solat & Tidur... ZZZZzzzzz

Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini... InsyaAllah..

Comments

Popular posts from this blog

7 years Wedding Anniversary: A nite stay @ Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur + Break fasting treat @ The Ship Pertama Complex

Assalamualaikum.. 7 years dah kami berkahwin.. Alhamdulillah syukur...tahun ni kebetulan date Anni kami jatuh on ramadhan.. so memandangkan kami selama sebulan ni memanglah teramat busynya dengan menyiapkan rumah sewa (Alhamdulillah dah siap.. hope dapat penyewa2 yg baik & best) also trip ke Penang & Bintulu due to kerja Zull memanglah tak nyempatnya nak menyoping baju raya segala.. so anni kali ni we decide nak stay somewhere yg very near to KL so senang nak g shopping baju2 segala untuk raya.. after do some research we decide to stay kat QHCC ni http://www.quality.com.my/   So 2 days before 3/7 kami pun book hotel by Agoda.com Alhamdulillah dapat rate yg best & under our budget hehe I likessss.. Malam tu kami celeb dulu kat Q-Thai Mitsui KLIA sesambil I belikan Zull kemeja Bonia as gift for our Anni.. tahun ni economy agak tight so kita bg present ala2 je la hihi... Next day on 3/7...check in @ 2pm.. zull siap2 book berbuka puasa kat The Ship Pertama Complex h...

Aku Mahu Menjadi Hebat

Assalamualaikum.. Entah kenapa aku rasa nak menulis ini di hari ini.. Tapi bila melihat kejayaan ramai pihak yang sangat hebat sangat indah sangat Berjaya aku sangat teringin menjadi hebat.. bukan kerana tidak bersyukur.. ya Allah aku amat bersyukur atas kurniaanMu kepadaku.. Melihat Neelofa yang Berjaya menunaikan haji dalam usia muda membuatkan aku rasa indahnya menjadi hebat dan Berjaya.. kerana aku juga punya impian.. walaupun aku pernah menunaikan umrah sebelum ini tetapi untuk menunaikan haji dengan kaedah muassasah masa tu umur aku dah almost 80 tahun.. ya Allah lamanya lagi.. Melihat Dato Siti yang saban tahun menunaikan zakat dalam amount yg sangat banyak.. membina masjid dan sebagainya membuatkan aku rasa betapa indahnya menjadi hebat dan Berjaya.. kerana aku juga punya impian.. walaupun setelah bekerja saban tahun menunaikan zakat tapi nilainya sangat sangat sangat kecil dibandingkan orang2 yang hebat dan Berjaya.. Melihat RCW yang saban bulan melancong dengan ...

JB : JPO , Hello Kitty Town , Legoland

Assalamualaikum......... Hye.....   Cont my blog under label cuti2 Malaysia :) As usual.. untuk agenda cuti2 Malaysia we all jarang buat proper plan.. plan lain g lain hehehe... so kali ni I nak cite pasal our trip to JB... hehehe actually selalu sesangat ke JB ni maklumlah tempat mula2 bercinta acecececeh hehe tapi kali ni version lain sikit coz kitorang suddenly ambil 4 days leave after hubby kena kerja for 3 months 7 days/week huhu so g kali ni memang juz untuk release tension... cam biasa bila kitorang pergi memang dengan tujuan nak jalan2 cari pasal hehe we all takkan stay kat luxury hotel or yang ada bintang2.. so we just walk in je... save budget hehe..   Pagi2 buta dah gerak.. singgah mamak jap untuk breakfast then Bismillahirrohmanirrahim..   1st check point kami di Johor Premium Outlet ... ni tempat wajib singgah tiap kali on the way pergi and balik dari JB.. pada yang kaki shopping sila budget dalam ...