Skip to main content

Cuti-cuti to Bali Indonesia : Love the nature & culture


Assalamualaikum..................
Hyeee.....

Harini I mc or cuti sakit due to allergic so after few times belek album I rasa nak share my experince masa bercuti ke Bali awal tahun ni.. actually this is very unplanned punya vacation.. because memang we all plan untuk ke Bali since this is my wishlist from last year...but suddenly few days before bertolak..hubby bagitau tak boleh cuti..sob sob sedihh luckily tak book hotel lagi.. but u all tau.. balik je kerja yang supposely esoknya we all bertolak hubby tetiba boleh cakap plan ke Bali on sebab bos dia bagi cuti pula & siap tunjuk flight tiket.. oh nooo esok flight pagi ok! patutlah hubby beria tak bagi I batalkan cuti!!  arkkkkk semua tak buat lagi.... book hotel..tukar duit..pack barang..nasibla form keluar negara I dah submit awal... kenkonon berjaya membuat kejutan hubby boleh gelak2 pastu keluarkan slip dia dah book hotel guna agoda... erkkk geram sungguh.. then suruh siap nak g tukar duit.. sempat tukar duit kat Giant Nilai je..tak sempat dah nak survey2 dulu... balik tu kitorang dinner kat kfc je then terus keluarkan beg keramat we all...packing time!

Malam tu boleh lupa nak inform mama & babah nak g bercuti..so pagi2 buta terpaksa call mama.. sian mama mesti terkejut..jarang anak dia call pagi2 amat kalau takde emergency.. actually masa tu around 2 days kes MH370 (Semoga pencarian MH370 menemui kejayaan) so mama little bit risau & advice macam2..alhamdulillah semuanya selamat sejahtera

Kami ke Bali menaiki penerbangan Malaysia Airlines System (MAS) dan perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam dan Alhamdulillah kami mendarat di Ngurah Rai International Airport Bali around tengahari..keluar dari airport kami terus diserbu oleh puluhan pemandu teksi or supir yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan sepanjang kami di sana.. tapi for us kami ke sana untuk relax2 sambil menikmati keindahan culture Bali yang sering diperkatakan.. so kami terus menuju ke kaunter teksi Bluebird yang berada di hujung airport ini... dengan harga IDR65000 kami di bawa ke Park Regis Hotel yang terletak di area Kuta.

Sampai di Park Regis Hotel Kuta kami agak happy sebab hotel ni masih baru.. staff di sini sangat baik and polite.. actually hubby pilih hotel ni sebab terletak di bandar Kuta so malamnya lebih hidup also dekat dengan tempat massage.. ada pool (tak besar sangat tapi ok lah).. .. so for those yang nak duduk area town dekat dengan all facilities tapi tak suka suasana yg bising ..this hotel totally recommended. We all book by www.agoda.com dengan rate around RM200/nite including breakfast (not recommended for muslim since ada jual pork tapi dah siap dalam pakej hotel)



Decoration Park Regis Hotel sangat balinese so memang time masuk bilik je dah dapat rasa mood Bali gitu hehehehe...

Time kat Bali ni kami sempat menyinggah untuk shopping little bit & membasah tekak kat Hard Rock Hotel Bali... dari Park Regis Hotel kenalah berjalan around 15 - 20 minit untuk sampai ke Hard Rock Hotel Bali ni.. tapi kalau u all penat boleh je tahan teksi or naik kereta kuda.. tapi we all suka berjalan so dapatlah tengok kedai-kedai di sepanjang perjalanan... HRH ni terletak betul2 berdepan Kuta Beach so memang tak susah nak cari...

Kalau sampai ke Indonesia ni acara massage, reflex, mani pedi, facial dah macam acara wajib sebab ratenya yg sangat murah huhuhu seronoknya..rasa lega & selesa sangat hilang penat seharian berjalan..


Since I & hubby berkongsi minat yg sama so our plan ke Bali ni memang tertumpu pada acara-acara kebudayaan.. awal-awal pagi kami dah bertolak ke daerah Jambe bersama Pak Aman.. supir yang kami jumpa di airport and offer the best price.. only IDR250000 untuk 1 day trip tapi macam tak sampai hati pula sebab kami jalan sampai ke malam...so we add IDR50000 lagi sebab dia memang best, baik & rajin so perbelanjaan supir untuk jalan2 only IDR 600000 for 2 days trip kira2 RM180...keluar pukul 8am balik hotel pukul 9pm..memang puas berjalan..

Di Jambe Budaya kami telah menyaksikan persembahan Barong & Kris Dance dengan harga IDR100000/person yang sangat real sangat awesome! berdiri bulu roma tengok last part 1 of dancer macam kena rasuk sampai kena tarik ke belakang pentas & 1 shaman datang untuk pulihkan keadaan...persembahan ni mengambil masa selama lebih kurang 1 jam and i advice kalau u all nak menonton pastikan datang on time..if u tertinggal certain part u all akan lost pasal cerita yang nak disampaikan...





 
Kat Bali ni memang sangat banyak Pura or temple since mostly penduduk Bali beragama hindu..one of Pura yang kami sempat kunjungi is Pura Batuan yang terletak di daerah Desa Batuan...actually kami agak bertuah sebab sewaktu di Bali..penduduk di sini sedang dalam suasana perayaan so dimana-mana we all boleh nampak perempuan2 memakai baju kebaya putih yang dikenakan bersama kain sarung.. supir kami memaklumkan itu adalah baju raya mereka..very nice view..mereka masih sangat berpegang pada kepercayaan mereka & sangat menghargainya.

Semua pengunjung ke Pura Batuan perlu memakai kain sarung yang dibekalkan..as a sign of respect...manakala semua tempat di dalam pura ini diukir dengan halus, cantik dan mempunyai maksud tersendiri..tiada sebarang bayaran dikenakan bagi memasuki Pura ini cuma pengunjung diminta menulis nama dan memberi donation seikhlas hati (kalau tak bagi pun takpe..).



Dah sampai ke Bali kalau tak menonton Kecak Dance yang sentiasa diperkatakan rasa cam tak lengkap rasanya.. we all dicadangkan oleh Pak Aman untuk menonton Kecak Dance di area Uluwatu.. sampai di Uluwatu kami sangat teruja coz pemandangan sangat indah... Subhanallah.. beachnya sangat3 cantik..rasanya kalau seharian di sana pun still tak puas..

Sebelum Kecak Dance bermula kami di bawa oleh Pak Aman melawat sebuah pura yang terletak di puncak bukit..perjalanan mendaki dan menuruni bukit tak terasa dek kerana keindahan dan kecantikan pantainya dengan pasir yang memutih dan airnya berwarna biru kehijauan..melihat pemandangan sebegitu indah dari atas sangat mengujakan...alhamdulillah kerana diberi kesempatan ini..

Around pukul 5pm Pak Aman telah mula beratur untuk mendapatkan tiket bagi kami menyaksikan persembahan Kecak Dance dengan bayaran IDR100000/person. Persembahan dimulakan dengan seorang gadis yang petah bertutur pelbagai bahasa menerangkan cerita disebalik persembahan yang mereka adakan di samping itu kami semua dibekalkan dengan handout berkaitan cerita yang disampaikan ..bila matahari semakin menghilang persembahan semakin hangat and semua dancers sangat bersemangat.. very great show and hard to forget! but same as Barong Dance make sure u all datang on time since kalau terlepas certain point..susah u nak faham cerita yang nak disampaikan..


 
For those penonton setia cerita 'Projek Memikat Suami'.. tempat ni memang akan wat korang sangat2 in that story hehehe... Pura Tanah Lot yang terletak di area Tabanan.. tempat yang sangat2 cantik..sangat2 indah.. susah nak digambarkan dengan perkataan.. really recommended for those yang datang ke Bali.. di sini juga u all boleh dapatkan souvenir dari Bali dengan harga yang sangat berpatutan..

Dalam perjalanan kami turut melalui daerah Ubud yang mana di sini sangat terkenal dengan penanaman padi.. padi ditanam dengan cantik di lereng lereng bukit bagaikan satu lukisan yang menarik.. malangnya cuaca tidak mengizinkan untuk kami singgah sebentar menjamu mata..rasa tak sanggup pula berhujan takut demam langsung percutian ni jadi acara melepek di bilik je..


Sempat kami menjamu selera di Restoran Tepi Danau yang terletak di Mount Batur Bali. Makanannya biasa2 je and berkonsep buffet dengan bayaran IDR100000/person (if i tak silap or lagi mahal).. from this restaurant kita akan makan sambil mengadap kawah gunung berapi... malangnya masa kami sampai cuaca berkabus jadi sekejap je dapat tengok kawahnya huhuhu...

Sepanjang di Bali kami telah makan di 2 restoran Nasi Padang iaitu Rumah Makan Rindu Rasa di Jimbaran dan Rumah Makan Padang ACC Minang berdekatan Ngurah Rai Airport.. dua2 best cuma taste je berlainan.. both is recommended.. as usual.. bila makan nasi padang dorang akan hidang segala lauk yg ada..u all amik lah apa yang u all nak je..yang lain ketepikan..nanti dorang akan kira yang u all makan je.. but kalau dalam satu pinggan ada 2 ayam then u all ambil 1.. u all tetap kena pay untuk dua ayam tu yek..

Petang-petang we all g bersantai di Nusa Dua Beach.. pantainya cantik & sesuai untuk mandi..kalau u all memang type yang suka bersantai2 di pantai boleh ambil hotel kat area ni since kat sini memang banyak sangat hotel di sepanjang pantai also ada shopping mall but area ni little bit expensive.

After 4 days di bumi Bali..tibalah masa pulang ke tanah air.. so last day is a shopping day.. actually kat Bali ni takde apa sangat yg boleh di shopping just souvenir for family & friends.. so we all singgah di Kedai Oleh2 khas Bali Rama Krisna.. thanks to my friend reen yang bagitau kat we all pasal kedai ni..memang murah & berbaloi baloi :)

Anyway terkilan pula rasanya tak beli telekung bali.. although telekungnya warna warni and color patch but kainnya sedap..masa pakai telekung kat airport barula menyesal huk huk huk..

 Dengan menaiki penerbangan MAS kami sampai ke bumi Malaysia yang dicintai dengan sejahtera..alhamdulillah...

Selamat Tinggal Bali.. pengalaman yang sangat menarik.. pemandangan yang sangat indah.. penduduk yang sangat baik...

Bye - Bye Bali!!!!!
Hope  to come again... :)




Comments

Popular posts from this blog

Lake Cempaka Villa Bangi : Khaleef Turn 6!!!! HB my Baby Boy :)

Assalamualaikum... Salam Sejahtera Kalini nak share sikit tentang 1 lokasi yg baru di pengetahuan aku 'LAKE CEMPAKA VILLA' @ BANGI.. untuk korang yg dah aware tempat ni baguslah.. untuk yg tak tau ni nak bagitau.. Actually tempat dipilih oleh My SIL @ Mummy Khaleef.. kami 1 family mmg blur kat mana lah tempat ni coz tak pernh nampak.. rupa-rupanya locationnya sangat strategik berdekatan dengan tasik & near to McD Bangi.. and diuruskan oleh pihak D'Saji Catering.. Yang menariknya.. untuk family kami ni taklah berapa ramai.. tapi with 2 cutie pie ni memanglah havoc dibuatnya.. tambah pula hujan selebat2 amat.. - tempat ni mempunyai ruang parking yg luas.. - hujan tersangat lebat.. tapi staff sgt friendly.. siap boleh pinjam payung dari reception counter - our family tea-time around 4.30pm.. orang tak ramai so bolehlah bgumbira sesuka hati.. - the food taste is acceptable with very reasonable price.. - ada ruang2 tertentu untuk occassion2 tertentu.. - kalau tak...

KSL HOTEL & RESORT JB : REVIEW

  Assalamualaikum.... Hye.... Entry kali ni I nak story pasal percutian sambil bekerja with my BFF pada 6 - 8 Disember 2015 hehehehe... my mama & my niece.. hope sangat babah dapat joint tapi since perjalanan yg jauh & kereta I yg tak seberapa selesa ni babah risau nak joint coz babah dah tak kuat cam dulu2.. hope 1 fine day I manage utk memiliki my dream car & boleh bawa mama & babah jalan jauh2.. kesana sini..InsyaAllah.. :)   Kalini kami ke KSL Hotel & Resort yang terletak di Johor Bahru... since jarang2 I drive jauh2 sendiri coz mama dah tak berani nak drive & Intan belum ada lessen hehehehe so I pn dah prepare segala benda awal2... isi minyak.. TnG.. ++++++ lagi lah hehehhe..     My BFF tersayang... Tahun ni sangat busy + macam2 yg terjadi.. jarang dapat bawa mama jalan2...   Sampai kat area hotel around 4pm.. mak aih jem gilez nak masuk lobby.. 2 kali pusing akhirnya dapatlah masuk lobby.. ch...

Hotel Grand Alora Alor Star Kedah : Review

Assalamualaikum...Hye... Lama sungguh tak update my blog ni huhu.. maklum da nak hujung tahun so kerja di office makin berlambak + kerja luar yang perlu di attend before tutup buku tahun 2014 :) Ok lah...arini I nak share my experience masa stay kat Hotel Grand Alora Di Alor Star Kedah since hotel ni pun masih baru & lokasinya yang sangat strategic... terletak berdepan dengan Tesco Alor Star & deretan bank memang satu pilihan yang bijak untuk mereka yang jarang berkunjung ke sini macam we all hehehe last pegi pun 3 years ago rasanya... masa I ada kerja di Kedah... hotel ni juga sesuai untuk mereka yang travel with public transport...since kalau nak makan makanan famous2 kat Kedah ni u all just keluar beberapa tapak dari hotel and boleh Nampak deretan gerai yang menjual pelbagai pilihan makanan or just makan di hotel coz makanan kat hotel ni di sahkan HALAL...  Untuk info lebih lanjut u all boleh terus klik link ni : http://www.grandalorahotel.com/ Toiletr...