Assalamualaikum...
Hyeeee.....
Actually harini I just nak share something tentang perasaan...
emmm emmm emmm susah juga nak start tulis tentang topic yang heavy2 ni...but I prefer tulis bukan saja untuk I but untuk ramai lagi wanita di luar sana yang senasib... (sorry kalau entry ni I sedikit touching... yang mengalami akan memahami..yg bernasib baik bolehlah mula memahami insan-insan di sisi kalian yang mungkin melaluinya...)
Saat diijabkabulkan dengan insan yang kita cintai.. sememangnya antara momen terindah dalam hidup...sepertimana pasangan lain kami juga melakar impian yang sangat hebat and perfect...rumahtangga yang bahagia di samping anak2 comel yang akan mewarnai dunia kami.. majlis perkahwinan yang diatur sangat indah.. maklum saja anak perempuan pertama dalam family yang akan berkahwin..segala keperluan kehidupan selepas perkahwinan disediakan terlebih dahulu oleh I & hubby semampunya...
Tapi...impian itu selalunya tak seindah kenyataan..tahun2 awal perkahwinan semuanya sangat indah... tapi tahun demi tahun berlalu...kemanisan percintaan selepas berkahwin mula tergugat...bukan kerana cinta yang makin menipis tapi kerana tekanan2 dari ramai pakar-pakar rumahtangga di sekeliling... makin ramai yang dahulunya sekadar bertanya sekarang mula membuat spekulasi dan memandang sinis..
Kerana apa? kerana kami pasangan yang telah berkahwin agak lama tapi masih belum mampu memiliki anak sendiri or in other word zuriat or cahayamata....
gambar sekadar hiasan..
hmmm lumrah dunia... mungkin bagi yang tidak mengalami.. ini cuma pertanyaan biasa.. tapi yang menghadapinya.. situasi ini ibarat pisau yang menghiris dada...
And... maybe pada yang bertanya... its a sign of ambil berat... tapi kalau soalan2 macam ni.. u all boleh nilaikan sendiri :)
'bila nak ada anak ni? tak yah lah nak jaga2 badan sangat.. anak tu pengikat rumah tangga' aduhai.. kut ye pun tengok lah dulu orang yg ditanya tu.. kalau badan ala-ala Angelina jolie ke Erra Fazira ke boleh la tanya soalan gitu huhuhu...
'dah lama kahwin takde anak lagi? peliknya...' emmm rasa macam nak jawab takde apa yang pelik coz semua ni kerja dan anugerah Dia.. tapi macam tak terluah rasanya kata-kata tu.. biarlah orang cakap apa pun semuanya kita perlu telan.. kalau melawan nanti lain pula jadinya...
'bercuti sana sini tapi takde hasil pun? buat rugi jelah korang ni..' hohoho pedasnya... walaupun yang rugi tu bukan dia tapi dia pula yang susah hati... this kind of people memang menakutkan...
'korang ni tak usaha ke? makan ubat jumpa doctor or urut or try cara tradisional....' walaupun secara hakikat dah berpuluh ribu dikorbankan... operate buang segala benda... berurut sampai Lebam-Lebam badan.. tapi tak perlulah rasanya dicanang serata dunia... but believe me siapa pun yg dalam situasi ni pastinya telah mencuba semampunya mereka...
'Dah lama kahwin.. takde anak camni apa usaha korang? ala susah-susah bagi jela hubby kahwin lain' yesss senang sungguh cadangan anda... please.. be in my shoes and u will understand...
ok... ini hanya beberapa contoh pertanyaan... kalau nak tulis semua mau patah jari menaip hehehhehe... chill!
Anyway... life must goes on.. let people talk let them think... yang penting kita harus kuat and tersenyum walau adakalanya terpaksa... yang paling penting pada husband2 haruslah sentiasa memberi semangat dan membuat wife gembira :) walaupun tak dinafikan husband2 ni kadangkala tertekan juga bila orang asyik Tanya benda yang sama...
Kaedah hilangkan stress cara saya :)
1. Pergi makan2 dgn my mum, dad, hubby, siblings, anak2 buah or in other words family la hehehe
2. Shopping2 bukan semestinya kat mall kat pasar pun takpe heheheh
3. Vacation!!! tak kisahlah cuti2 Malaysia ke... Oversea ke...janji enjoyyyy
4. Tengok wayang.. or jumpa member2 rapat ....
5. Gardening.. tanam lah apapun.. kalau takde area tanam je dalam pasu or botol.. segarrr mata
6. Kemas rumah... paling suka tukar set cadar & cuci toilet + mop lantai howyeeee main air....
7. Tengok VCD cerita yg lawak2 yang perang2.. tak payah tengok yang berat2.. peninggg
8. Main Game.. saya pilih candy crush hahahhaha
9. Buat bisness kecil-kecilan so dpt jumpa ramai orang...built your confidence...
10. Baca Al-Quran.. or pasang bacaan surah waktu nak tidur.. hati yang gundah InsyaAllah ceria...
Apapun yang paling penting... kena kuat and accept ini takdirNya... dan takdir setiap manusia itu berbeza... ujian Allah itu tanda kasihNya... walau hina di mata manusia tapi tidak padaNya.. walau kerana kekurangan ini kita dipinggirkan...disingkirkan... bertenanglah.. Dia sedang menduga kekuatan hambaNya... dia maha tahu kelebihan dan kekurangan hamba ciptaanNya... jangan berhenti berusaha dan berdoa..selebihnya serahkan kepada Dia... Dia yang maha berkuasa dan segala yang terjadi adalah ketentuan dariNya... insyaAllah...
Gambar dari web ILUVISLAM.COM
mai :)
ReplyDeletesabar yer mai.....
aku faham.....
buat tak tahu jer yg ckp mcm2 tuh mai.....
aku tahu ko dah puas berusaha.....
doa..doa..doa... dan terus berdoa...
minta padaNYA banyak2 mai.....
Tq liza... doakan aku kuat & tabah...
Deletewalaupun kadang2 aku pun takut..aku pun lemah..
this not easy for me but I try...
TQVM liza...
sabar ye kak mai...mulut org mmg camtu...dah ade anak sorg, tanye ble nak tambah...mulut org mmg susah nk tutup...
ReplyDeleteAllah perancang...Allah tahu ape yg terbaik...
Byk doa ye kak mai...
TQ yani..kalau boleh rasanya nak lari jauh2 dari orang ramai..sebab penat & sedih nak adapt banyak sangat soalan and query yg memeningkan...
Delete