Skip to main content

Umrah & Ziarah : Pengalaman Terindah

 
 Menjadi tetamu di bumi Allah adalah impian setiap hambaNya.. begitu juga kami.. keinginan menjejak kaki ke sana telah lama terpahat di dada..tapi hanya dengan kekuasaanNya segala impian akan tercapai.. Perkongsian ini bukan untuk menunjuk-nunjuk mahupun berlagak serta sebagainya...cuma sekadar coretan yang mungkin sedikit sebanyak dapat memberi panduan dan motivasi pada mereka yang membacanya...
 
Setelah melalui suatu ujian yang berat bagi kami.. perancangan ke arah ini di atur rapi... setelah diperkenalkan oleh seorang rakan kami mendaftar dengan pihak ZMD Travel di Sri Gombak..
 
Alhamdulillah Pn. Hjh Zainon & rakan beliau selaku owner banyak membantu kami dalam segala hal... kerana walaupun ini adalah kunjungan saya kali yg ke 2 tetapi yang pertama untuk husband...dan sewaktu pergi pada kali pertama saya masih di bawah umur dan banyak di bimbing oleh parent sewaktu itu...
 
Memandangkan kami hanya pergi berdua dan jumlah mereka yang pergi bersama kami hanya 5 orang maka ada yang meragui kemampuan kami... dari segi perjalanan.. ibadah dan sebagainya...Alhamdulillah kami tetap kuatkan semangat... pada yang melalui situasi yang kami alami..just calm down & proceed..kita ke sana sebagai tetamuNya..hanya pada Dia lah kita menyerahkan segala-galanya.. InsyaAllah...
 
Niat di hati harus diperbetulkan...pemergian ini bukan suatu percutian.. kita akan melihat pelbagai bentuk pelajaran dan pengajaran dari Allah... walaupun bukan ke atas kita tetapi mungkin kepada insan-insan di sekeliling... tidak perlu mendabik dada mahupun menghina... kerana ujian ke atas orang lain adalah pengajaran untuk kita...
 
Hari yang ditunggu tiba jua..berdebar sungguh rasa di dada...semoga dipermudahkan segalanya... semua barang di pack rapi.. big thanks to my auntie Rosnarizam yang menghadiahkan sehelai telekung buatannya sendiri dan mama yang sudi menjahitkan jubah cotton untuk anaknya ini...
 
Alhamdulillah perjalanan ke KLIA berjalan dengan baik dan sejahtera....Terima kasih pada mama, babah dan lil sis Ain yang menghantar kami ke KLIA... 2nd pic; mama tercinta sentiasa penuh dengan kata-kata semangat dan nasihat buat anak dan menantunya...
 
Barang-barang penting yang perlu di bawa dari tanahair;
  • Pasport, Buku panduan umrah, duit belanja
  • Kelengkapan solat
  • kain ihram (bagi lelaki) - sekiranya ke Mekah terlebih dahulu
  • sedikit ubat-ubatan
  • toiletries
  • Sekiranya berhajat membeli pakaian harian di sana cukuplah sekadar membawa sehelai dua sebagai preparation.
 
 Lega rasanya bila tiket telah di tangan dan kami dibenarkan masuk ke perut kapal..perjalanan ini akan mengambil masa lebih kurang lapan jam dan memandangkan kami akan masuk ke kota Mekah terlebih dahulu jadi kami akan berniat umrah di Qarnul Manazil kira-kira 1 jam sebelum sampai ke Jeddah.. Alhamdulillah setengah jam sebelum melalui kawasan miqat kami telah diingatkan oleh steward yang bertugas dan dapatlah kami bersiap sewajarnya...
 
Sesampai di King Abdul Aziz International Airport kami telah disambut oleh wakil ZMD Travel di Jeddah..memandangkan kami cuma berlima, kami dibawa menaiki MPV untuk ke Hotel di Mekah (nama hotel saya dah lupa) dan perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam kerana terdapat sedikit kesesakan lalulintas...
 
 
Di atas adalah gambar dari tingkap hotel..kebanyakan building telah dirobohkan dan construction sedang dilaksanakan sepenuhnya. Memandangkan kami telah sampai kira-kira tengah malam ke Mekah, Ustaz yang ditugaskan terus membawa kami untuk membuat tawaf selamat datang..
 

Kerdilnya diri ini di dalam lautan manusia yang membanjiri rumahNya..semua datang dari pelusuk dunia dengan satu tujuan yang sama..mengabdikan diri kepada yang Mencipta...

Kesempatan mengerjakan solat di dalam Hijr Ismail dan berdoa di bawah Pancuran Emas adalah momen indah yang takkan mampu dilupakan,,,Alhamdulillah...
kepada yang bernasib baik dapat memegang atau mengucup Hajar Aswad pula..pastinya insan yang sangat beruntung...
 
Selesai saie Safa & Marwah :
Ibadah Saie merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah yang dilakukan dengan berlari anak atau berjalan cepat sebanyak tujuh kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah.  Ketika melintasi  Bathnul Waadi, iaitu kawasan di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah (kini ia ditandakan dengan lampu berwarna hijau) para jemaah lelaki disunatkan berlari-lari anak, sedangkan jemaah wanita berjalan cepat.
 
Diikuti dengan ber tahallul :
Bercukur atau menggunting rambut sekurang-kurangnya tiga helai, tetapi yang sebaik-baiknya bercukur semuanya sekali bagi lelaki. Bagi wanita pula tidak dihendaki bercukur, cukup sekadar menggunting rambut sahaja.
 
 

 

Kami juga di bawa melawat ke ladang unta (di sini anda boleh merasai sendiri susu unta fresh) dan  agenda lawatan termasuk miqat di Bir Ali bagi sesiapa yang berhajat menunaikan umrah sekembali dari ziarah....
 
Sekiranya mahu miqat sendiri, boleh menaiki pengangkutan awam dari area Masjidil haram atau hotel ke Miqat Tana'im atau Miqat Aishah...
 
Memandangkan kami cuma berdua...sekiranya tiada ziarah kami akan pergi menaiki teksi untuk mengelakkan pembaziran masa ke Miqat Aishah dengan bayaran 50riyal pergi dan balik semula ke kawasan sekitar Masjidil Haram (teksi akan tunggu sehingga kita selesai solat & miqat)
 
Aktiviti wajib setiap pagi selesai solat subuh..bermain-main dengan kawanan burung merpati yang menanti kunjungan orang ramai untuk memberinya makan... gandum untuk memberi makan kepada burung2 ini boleh dibeli dari peniaga2 di sekitar lokasi berkenaan yang terletak dalam perjalanan dari Masjidil haram ke hotel kami...

 
Kami juga di bawa berziarah ke Jabal Rahmah ; diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah dan diturunkan dari langit ke bumi. Sehingga kini, bukit ini masih utuh dan tersergam dengan sebuah tugu monumen di puncaknya. Banyak jemaah yang naik ke bukit ini untuk melawat atau berdoa di situ
 
Alhamdulillah  kami turut berkesempatan melawat ke Muzium Kaabah..Ladang Kurma..Jabal Uhud dan lain-lain tempat bersejarah sekitar kota Mekah...
 
Setiap hari kami akan membawa pulang air zamzam dari Masjidil Haram ke bilik hotel dengan bekas plastic yang dibekalkan SIL... seronok sungguh dapat menikmati air zam-zam sepuasnya..
 
Bagi sesiapa yang sakit atau mengalami masalah-masalah tertentu... niatlah sewaktu meminum air zam-zam ini untuk menjadi penawar kepada segala masalah dalaman... InsyaAllah.. dengan izinNya segalanya dipermudahkan...
 
 
9 hari di bumi Mekah tibalah masa mengerjakan tawaf wada' atau tawaf selamat tinggal... sayunya hati amat berharap supaya dipanggil lagi suatu hari nanti..semoga Allah memperkenankan....InsyaAllah..
 
Perjalanan kami diteruskan pula ke bumi Madinah selama 5 jam dan segala keperluan makanan kami telah disediakan pihak agent sebaiknya...
 
Di Madinah hotel yang disediakan sangat dekat dengan Masjid Nabawi... terpegun kami dengan keunikan dan kecantikan setiap inci bangunan masjid ini..saat payung luar masjid menguncup dan mengembang sangat mengujakan...
 
Di bumi Nabi ini kami di bawa menziarahi pelbagai tempat bersejarah antaranya masjid2 tertentu dan pasar kurma...
 
Alhamdulillah..cubalah dan berdoalah agar dipermudahkan ke Raudhah atau taman syurga yang terletak di dalam Masjid Nabawi..bagi lelaki mungkin agak mudah kerana tempat tersebut selalu dibuka untuk kaum lelaki dan untuk perempuan ada masa-masa tertentu yang perlu dipatuhi... InsyaAllah dengan izinNya..walau kita seorang walau tanpa berteman segalanya akan dipermudahkan....
 
Saat hari terakhir perjalanan kami..serasa hati bagaikan masih belum puas.. Ya Allah jemputlah kami lagi ke bumiMu.. hanya Kau yang maha mengetahui...
 
 
 
 
 
Alhamdulillah selamat kembali ke Tanah air dengan sejahtera untuk bertemu kembali family tercinta... Terima Kasih kerana sentiasa membantu dan menyokong kami dalam melalui segala kesulitan... :)
 
Sujud dan syukur kami padaMu ya Allah...
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

7 years Wedding Anniversary: A nite stay @ Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur + Break fasting treat @ The Ship Pertama Complex

Assalamualaikum.. 7 years dah kami berkahwin.. Alhamdulillah syukur...tahun ni kebetulan date Anni kami jatuh on ramadhan.. so memandangkan kami selama sebulan ni memanglah teramat busynya dengan menyiapkan rumah sewa (Alhamdulillah dah siap.. hope dapat penyewa2 yg baik & best) also trip ke Penang & Bintulu due to kerja Zull memanglah tak nyempatnya nak menyoping baju raya segala.. so anni kali ni we decide nak stay somewhere yg very near to KL so senang nak g shopping baju2 segala untuk raya.. after do some research we decide to stay kat QHCC ni http://www.quality.com.my/   So 2 days before 3/7 kami pun book hotel by Agoda.com Alhamdulillah dapat rate yg best & under our budget hehe I likessss.. Malam tu kami celeb dulu kat Q-Thai Mitsui KLIA sesambil I belikan Zull kemeja Bonia as gift for our Anni.. tahun ni economy agak tight so kita bg present ala2 je la hihi... Next day on 3/7...check in @ 2pm.. zull siap2 book berbuka puasa kat The Ship Pertama Complex h...

Aku Mahu Menjadi Hebat

Assalamualaikum.. Entah kenapa aku rasa nak menulis ini di hari ini.. Tapi bila melihat kejayaan ramai pihak yang sangat hebat sangat indah sangat Berjaya aku sangat teringin menjadi hebat.. bukan kerana tidak bersyukur.. ya Allah aku amat bersyukur atas kurniaanMu kepadaku.. Melihat Neelofa yang Berjaya menunaikan haji dalam usia muda membuatkan aku rasa indahnya menjadi hebat dan Berjaya.. kerana aku juga punya impian.. walaupun aku pernah menunaikan umrah sebelum ini tetapi untuk menunaikan haji dengan kaedah muassasah masa tu umur aku dah almost 80 tahun.. ya Allah lamanya lagi.. Melihat Dato Siti yang saban tahun menunaikan zakat dalam amount yg sangat banyak.. membina masjid dan sebagainya membuatkan aku rasa betapa indahnya menjadi hebat dan Berjaya.. kerana aku juga punya impian.. walaupun setelah bekerja saban tahun menunaikan zakat tapi nilainya sangat sangat sangat kecil dibandingkan orang2 yang hebat dan Berjaya.. Melihat RCW yang saban bulan melancong dengan ...

JB : JPO , Hello Kitty Town , Legoland

Assalamualaikum......... Hye.....   Cont my blog under label cuti2 Malaysia :) As usual.. untuk agenda cuti2 Malaysia we all jarang buat proper plan.. plan lain g lain hehehe... so kali ni I nak cite pasal our trip to JB... hehehe actually selalu sesangat ke JB ni maklumlah tempat mula2 bercinta acecececeh hehe tapi kali ni version lain sikit coz kitorang suddenly ambil 4 days leave after hubby kena kerja for 3 months 7 days/week huhu so g kali ni memang juz untuk release tension... cam biasa bila kitorang pergi memang dengan tujuan nak jalan2 cari pasal hehe we all takkan stay kat luxury hotel or yang ada bintang2.. so we just walk in je... save budget hehe..   Pagi2 buta dah gerak.. singgah mamak jap untuk breakfast then Bismillahirrohmanirrahim..   1st check point kami di Johor Premium Outlet ... ni tempat wajib singgah tiap kali on the way pergi and balik dari JB.. pada yang kaki shopping sila budget dalam ...