Entry kali ni..nak story pasal pengalaman I & hubby g ke Melbourne for our 5th Anniversary... actually kitorang ni walaupun g ala2 honeymoon but tetap under label 'jalan2 budget' hehehe dapat merasa g tempat orang pun dah syukurrrr Alhamdulillah...
Time pergi ni Melbourne baru nak masuk musim sejuk so suhu dalam 5 - 12 degree...emmm tapi bagi yg dah selalu mungkin rasa macam biasa je but for us dah rasa macam sejuk sangat sampai ke tulang huhu...
Flight kami bertolak malam so pukul 6pm kami dah terpacak di KLIA..maka terjadilah pic yg sedikit jiwang ini hehehe
Tempat wajib singgah setiap hari... Lord Of The Fries yang terletak only selang few kedai dari Citigate Hotel... friesnya sangat fresh & nyamiiii
Alang-alang dah sampai di Harbour Town di area Docklands .. we all singgah mengisi perut dulu di Chillipadi Restaurant yang terletak di area shopping mall ni..perut kenyang hati pun senang bolehlah berjalan dengan tenang hehe
Nandos di area Flinders st... masa kat sinilah tetiba hubby tersedar handphone nya hilang huwaaaa....tapi bukan kena curi dia yang dah tertinggal kat dalam tram masa sibuk2 baca map...so kerana hati yg sedikit sedih ayam tu tak habis pun..siap pack bawa balik huhuhuhu...big thanks to SIL yg tolong uruskan block no & dapatkan new sim pas balik ke Malaysia..risau juga walaupun ada password segala..kut la sesapa jumpa tu terror then roaming kan tak ke naya mau beriban bil nanti...oh nooooo...
Pagi2 ya amat kat Melbourne International Airport sementara tunggu flight ke Malaysia.. halal food yang dah beroperasi only Krispy Kreme... dengan mata yang tak berapa nak segar makan jela donut2 yg tersangatla manisnya itu... at least adalah sikit energy.. Alhamdulillah....dah ada energy bolehlah shopping pula Victoria Secret yang terletak kat departure area kat dalam airport ni...last buah tangan untuk bonda and adinda2 tercinta..

Kami sampai di Tullamarine Melbourne International Airport awal pagi around 5am...setelah melalui pengawalan yg ketat akhirnya kami Berjaya keluar dengan jayanya .. sedikit advice yg maybe berguna... kalau nak bawa meal bawalah yang di pack cantik2 cam Brahims tu.. sebab dorang ni sgt allergic dengan product tenusu / daging/ buah/ telur and all herba2..abis kena buang...luckily I dah Tanya orang before datang so memang bawa Brahim je..sedih tu kalau kena buang...membazir...
Keluar je dari Imigresen terus tuju ke kedai atas ni nak beli sim card.. kalau guna yg beli di sini lebih murah berbanding roaming..pakej ada mcm2 u all bole Tanya..i ambil yg boleh call & data for 5 days...tapi memang queue panjang sebab semua berebut nak beli... bersabarlah ye...
Pas beli simcard kami pun ambil Skybus yang terletak kat luar airport untuk pergi CBD. Bas ni warna merah and boleh beli untuk pergi & balik (lagi murah dari beli sehala). Bas ni akan bawa sampai ke Southern Cross Station (SCS). Sampai kat SCS kami ambil pula hotel transfer untuk ke hotel kami di Citigate Hotel betul-betul berdepan Flinders Station (Perkhidmatan hotel transfer ni free je sbb termasuk sekali bayaran skybus tu)
Gambar kat atas ni area hotel kami.. building kuning tulah Flinders Station.. Citigate hotel ni memang recommended untuk orang2 yang save budget cam kami tapi nak hotel yang selesa....since semuanya walking distance..and sangat dekat dengan city circle tram yang free hehehehe...credit to my friend Zu yang tolong carikan hotel ni.. I just book bilik ni by booking.com dengan rate around RM400/nite
Gambar atas kat dalam bilik..posing sikit hehehe..ok lah untuk berdua & yang paling penting ada heather untuk panaskan nasi Brahims yg kami bawa huhu lapaq la...food pula agak mahal kalau convert to RM..haruslah berjimat cermat.. hotel kat sini pukul 12 dah boleh check in but pukul 10am dah kena check out :)
Selepas bersantai di bilik kami ke Melbourne Visitor Centre (MVC) yg terletak di seberang jalan dari Flinders Station.. Pic kat atas tu keadaan dalam MVC.. so pada yg baru datang macam kami memang perlu ke MVC untuk gather all the information about Melbourne & dapatkan pakej2 tertentu kalau nak jalan ke mana-mana.
Gambar kad hijau tulah yang dipanggil Myki.. memang best guna Myki ni since boleh jalan ke serata area CBD dengan hanya 7AUD/day or just top-up if nak pergi keluar dari CBD. Myki ni pun boleh dibeli kat shop dalam MVC.
Anyway kat Melbourne ni agak mudah untuk dapatkan info since at tram / bus station memang dorang siap letakkan map & laluan tram, korang juga boleh dapatkan flyers and boleh tanya kat petugas yang memang diletakkan khas di certain area untuk explain tentang system tram or bus dorang ni..

Yarra River - since stay kat CBD..ni area wajib pergilah sebab terletak berdekatan Flinders Station.. hehehe kat Yarra River ni pun ada orang letak anak2 kunci macam kat Seoul City Tower..tujuan? I pun tak tahu hehehe sorry no explanation....berjalanlah sepanjang sungai tu & bolehlah tengok dorang punya aktiviti petang..yang pasti dorang sangat suka jogging..mungkin sebab sejuk kut...
Time kat Melbourne ni kami sempat pergi ke Puffing Billy di Belgrave untuk rasa experience naik train arang batu..walaupun baju semua berbau asap tapi memang syok sebab train nya dibuat dengan cantik...view sepanjang perjalanan yang sangat nature and kita still boleh Nampak rumah2 lama macam dalam cerita2 orang putih tu and everytime bertembung dengan kereta pemandu akan berbalas hon dan melambai tangan..comel sangat... gambar2 I letak bawah ni ye...
Oh lupa pula..kat Melbourne ni kalau musim sejuk siangnya sekejap so kalau u all plan nak g Puffing Billy better allocate 1 day untuk elak terkejar-kejar..nanti tak best pula nak enjoy2 the view...
Pada yang sukakan tempat2 bersejarah jangan lupa singgah di Shrine Of Remembrance di Royal Botanic Garden.. I sangat suka kat sini sebab senibinanya yang unik dan teliti..semua tugu yang diletakkan di dalam garden ni di beri perincian dari setiap aspek..tempatnya lapang tapi menarik...hehehehe soryylah bahasa dah macam tour guide..anyway...sekali lagi... sila lah layan pics di bawah... :)
Kalau korang nak feeling2 macam dalam filem2 tu bolehlah singgah sebentar di Pier Port Melbourne yang terletak dalam perjalanan menuju ke Harbour Town and posing ala2 dalam video klip :)
Bersebelahan QV Square bolehlah singgah melepak di State Library Of Victoria and ambil pic dengan uncle ni :)
Malam2 we all just jalan2 surrounding Flinders area since cuaca terlalu sejuk and siang dah penat berjalan so malam keluar sikit2 je sebelum ZZZZZzzzzzz
Untuk merasai suasana pantai kat Melbourne ni kami pergilah melepak di area St Kilda Pier & Luna Park yang terletak tak jauh dari CBD..actually I ada baca certain blog yang dorang dapat jumpa penguin kat sini...malangnya kami sampai da tengahari so semua penguin dah takde kutnya... and masa kami pergi Luna Park pun tutup sebab dah nak masuk musim sejuk..
Ok...habis part jalan2 kita pergi part Shopping pula :)
Pada yang memang kaki shopping Melbourne ni banyak DFO yang u all boleh pergi..tapi since we all pergi tak lama & tak mau keluar duit lebih sewa kereta.. kami cuma sempat pergi ke 4 tempat je untuk usha2 barang... hahaha tak pergi semua tempat pun rasa macam duit poket da nak abis aduhaiiiii...
Queen Victoria Market
Kat QVM ni ada pasar basah & kering..also banyak jual souvenir yang tulis Melbourne tu.. paling best sebab dapat beli 1 set same design shirt for babah, hubby & lil Khaleef (boy team) and 1 set same design for sis & lil intan (girl team) hahaha
But kalau korang jenis yang pandai tawar menawar bole dapat harga yg agak murah..and if korang nak beli banyak souvenir better datang on Sunday coz lebih murah dari hari lain..kenapa? huhu I pun tak sure kenapa..dari citigate hotel yang I stay tu just naik free tram je ke QVM ni...tapi kenalah jalan sikit around 5-10minit.
Harbour Town
Sempat juga menyinggah ke Harbour Town...from CBD u all boleh pick free circle tram untuk sampai ke sini...kat sini banyak jual baju & mainan kanak2..so my hubby pun belilah barangan kegemaran dia...peralatan magic hehehehe..ok lah agak murah around RM150 untuk 100 tricks..then kami sempat lunch di Chilipadi Café..
DFO South Wharf
Pada sesiapa yang berhajat nak beli Jeans Levis, sport attire, perfumes & kasut ala2 perempuan Korea ni tempat yang paling awesome! dari CBD u all pick Free City Tram then kenalah jalan dalam 10minit but tak penat cuma sejuk menggeletaq hehe...kat sebelah DFO SW nilah letaknya Melbourne Convention Centre...tapi sorry pics dalam mall takde sebab tengah rambang mata huhuhuhu...
QV Square
Mall wajib pergi heheh sebab kat sini ada Kedai Big W yang ada jual pelbagai barangan kelengkapan rumah termasuklah Corelle..Tefal & macam2 lagi...so pada girls yang macam I tak dapat g DFO Moorabbin tak perlulah merasa kecewa coz boleh juga beli kat sini cuma pricenya sedikit tinggi dan designnya tak bape banyak..ok lah kan..dari takde...
Jalan-jalan sudah... Shopping pun sudah... now part Makan pula :)
Sepanjang di sini we all tak banyak sangat makan di luar..mostly menghadap bekalan Brahims yang di bawa dari Malaysia sampai rasa dah tak lalu nak hadap hahahaha..
Anyway antara tempat yang sempat singgah... bakery & kebabs di Skybus Teminal.. kat sini kami jumpa sorang student Malaysia yang sangat baik & ramah :)
Tempat wajib singgah setiap hari... Lord Of The Fries yang terletak only selang few kedai dari Citigate Hotel... friesnya sangat fresh & nyamiiii
Alang-alang dah sampai di Harbour Town di area Docklands .. we all singgah mengisi perut dulu di Chillipadi Restaurant yang terletak di area shopping mall ni..perut kenyang hati pun senang bolehlah berjalan dengan tenang hehe
Nandos di area Flinders st... masa kat sinilah tetiba hubby tersedar handphone nya hilang huwaaaa....tapi bukan kena curi dia yang dah tertinggal kat dalam tram masa sibuk2 baca map...so kerana hati yg sedikit sedih ayam tu tak habis pun..siap pack bawa balik huhuhuhu...big thanks to SIL yg tolong uruskan block no & dapatkan new sim pas balik ke Malaysia..risau juga walaupun ada password segala..kut la sesapa jumpa tu terror then roaming kan tak ke naya mau beriban bil nanti...oh nooooo...
Howyeeee pas beberapa hari tak dapat Malaysian food... akhirnya we all jumpa juga Norsiah's Kitchen... Alhamdulillah... masakannya sesedap rasa & we all sangat bahagia sebab kenyang sampai ke malam hehehehe... maklumlah selera melayu..
Pagi2 ya amat kat Melbourne International Airport sementara tunggu flight ke Malaysia.. halal food yang dah beroperasi only Krispy Kreme... dengan mata yang tak berapa nak segar makan jela donut2 yg tersangatla manisnya itu... at least adalah sikit energy.. Alhamdulillah....dah ada energy bolehlah shopping pula Victoria Secret yang terletak kat departure area kat dalam airport ni...last buah tangan untuk bonda and adinda2 tercinta..
Bye-bye Melbourne..hope ada rezeki di lain masa boleh datang lagi ke bumi kangaroo ni & boleh jalan lebih jauh lagi... InsyaAllah...
Byeeeeeeeeeeee.........................!!!!
Comments
Post a Comment