Assalamualaikum... Salam sejahtera..... Pagi Jumaat yang dingin.. rentetan demi rentetan kejadian banjir besar seluruh Malaysia terutama di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak memancing air mata yang tidak sedikit..sebak ya Allah hati ini melihat penderitaan2 hambaMu...saudara2 kami yang kelaparan..kesusahan..kesakitan..keresahan... kami mungkin tidak mengenali..tapi bila melihat ada yang berduka... hati kami juga terluka... Apa daya kami hambaMu yang tidak punya sebarang kelebihan..hanya Kaulah tempat kami bermohon bergantung harap... "Ya Allah turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah turunkanlah hujan ke dataran tinggi, gunung gunung, bukit bukit, perut lembah dan tempat tumbuhnya pepohon" Melihat kegigihan anggota Polis, Bomba, JPA, Tentera dan orang awam yang cuba membantu memindahkan dan menghantar bekalan makanan, pakaian dan perubatan.. it touch me deeply inside.. hanya sekalung doa kami iringi dan titipan material...
Suatu ketika..lahir anak kecil yg seringkali tidak sihat..mama n babah berusaha menjaga dan menyintainya sepenuh hati..Mama n Babah percaya anak ini akan menggapai impiannya walau lahir dari keluarga serba sederhana..anak ini membesar dengan impian2 fairytale yg menjadikan dia sering bermimpi..Walau di luar sana ada yg cuba melemahkan jiwa kecilnya tetapi dia tetap bermimpi kerana dia tetap yakin kuasa doa & keajaiban..Anak itu akhirnya menjadi dewasa dan menulis nukilan2 ini dari hatinya..