Assalamualaikum & Hi... Setelah berbulan lamanya mengumpul kekuatan akhirnya aku dapat mencoretkan pengalaman yg sangat berharga ini.. 8 tahun melayari kehidupan sebagai suami isteri.. pastinya kehadiran seorang cahayamata menjadi impian kepada semua pasangan.. begitu juga aku & suami.. apatah lagi umur kami semakin menginjak ke 40an.. Tapi setelah lebih 6 tahun berusaha tanpa kenal penat dan jemu...berjumpa lebih 6 orang pakar gyne, 3 kali operation, berpuluh2 kali proses urutan, tak terkira ustaz & pengamal perubatan, beratus kotak supplement/ ubat/ akar kayu.. just name it.. dan at last setelah dimarah oleh suami (suami tak sanggup tengok aku yg mcm nak gila) akhirnya aku mula menjadi redha.. Aku jalani hidup ini dengan tenang.. setiap kali orang bertanya tentang anak aku sudah mula tidak rasa apa2.. bagi aku apapun yg terjadi telah ditentukan olehNYA.. menangis air mata darah sekalipun kalau bukan dengan izinNYA tiada apa yg mampu mengubahnya.. Aku ...
Suatu ketika..lahir anak kecil yg seringkali tidak sihat..mama n babah berusaha menjaga dan menyintainya sepenuh hati..Mama n Babah percaya anak ini akan menggapai impiannya walau lahir dari keluarga serba sederhana..anak ini membesar dengan impian2 fairytale yg menjadikan dia sering bermimpi..Walau di luar sana ada yg cuba melemahkan jiwa kecilnya tetapi dia tetap bermimpi kerana dia tetap yakin kuasa doa & keajaiban..Anak itu akhirnya menjadi dewasa dan menulis nukilan2 ini dari hatinya..