Skip to main content

Miscarriage : Antara duka & bahagia..

Assalamualaikum & Hi...

Setelah berbulan lamanya mengumpul kekuatan akhirnya aku dapat mencoretkan pengalaman yg sangat berharga ini.. 

8 tahun melayari kehidupan sebagai suami isteri.. pastinya kehadiran seorang cahayamata menjadi impian kepada semua pasangan.. begitu juga aku & suami.. apatah lagi umur kami semakin menginjak ke 40an..

Tapi setelah lebih 6 tahun berusaha tanpa kenal penat dan jemu...berjumpa lebih 6 orang pakar gyne, 3 kali operation, berpuluh2 kali proses urutan, tak terkira ustaz & pengamal perubatan, beratus kotak supplement/ ubat/ akar kayu.. just name it.. dan at last setelah dimarah oleh suami (suami tak sanggup tengok aku yg mcm nak gila) akhirnya aku mula menjadi redha.. 

Aku jalani hidup ini dengan tenang.. setiap kali orang bertanya tentang anak aku sudah mula tidak rasa apa2.. bagi aku apapun yg terjadi telah ditentukan olehNYA.. menangis air mata darah sekalipun kalau bukan dengan izinNYA tiada apa yg mampu mengubahnya..

Aku mula menghargai setiap ruang dan peluang yg Allah beri pada aku yg tak aku sedari sebelum ni.. bila aku semakin tenang baru aku sedar.. selain Allah tak bagi aku zuriat.. Allah bagi aku terlalu banyak sehingga aku tak terfikir aku dapat merasai semua ini.. semua yg sukar bg orang lain tetapi Allah beri peluang pada aku untuk merasai.. untuk memiliki dan untuk melalui...Alhamdulillah..

Tapi.. kuasa Allah tiada siapa yg mampu menduga.. Tanggal 16 Jun 2017  (Jumaat).. 

Seperti biasa aku ke office di KL, drive sendiri & totally takde sebarang masalah.. sampai di Office aku dimaklumkan ada sesi bergambar sedang diadakan.. aku pun terus pergi ke blok bersebelahan and naik few anak tangga untuk ke tingkat atas.. tiba2 rasa macam sakit perut sangat2.. oh ok maybe nak ke toilet ni or salah makan sebab memulas lain macam macam ditusuk pisau..

pergi toilet.. hmm takde apa2 pulak.. elok pula sakitnya.. aku pun kembali ke tempat bergambar.. and that pain datang lagi kali ni memang rasa macam nak tcabut perut & nak bnafas pun susah..

aku terduduk di lantai toilet dah tak mampu nak bangun.. nasiblah handphone di tangan tapi nak dail sesiapa aku rasa mcm tak mampu, dalam hati dah mengucap sebab rasa betul2 macam nak mati..tiba2 kuasa Allah.. good friend of mine call nak tanya pasal nak lunch kat mana coz dah nak pukul 12.. hari Jumaat kami rest @ 12.15tgh .. 

aku still ingat.. aku jawab phone & cakap.. 'B..tolong..I rasa I dah nak mati..' nasiblah si Nik B ni dapat cari aku kt 1 of toilet yg berbelas biji dalam building ni.. bila B datang the word yg dia cakap.. 'Mai.. darah' oh..  masa ni baru perasan darah dah penuh kat lantai..

dalam darah yg mebuak-buak keluar + sakit yg amat sangat aku still ingat B cakap.. 'Mai.. I rasa U pregnant' tapi masa tu aku tak dapat nak react sebab aku pun tak tau apa yg aku alami.. cuma aku rasa aku dah nak mati.. after few moments.. aku feel like something out dari perut aku diikuti darah yg sangat banyak.. the feeling yg aku akan ingat sampai bila2..

dengan bantuan few senior aku dapat dibawa turun ke lobi dengan naik kerusi beroda tu.. hehe dalam sakit2 tu sempat aku fikir.. kalaulah aku tak pakai jubah hitam & seluar hitam time tu & orang boleh nampak darah yg penuh kat baju aku.. mau ramai yg pitam mabuk darah.. nasib lah masa tu bulan Ramadhan so orang tak ramai sgt guna lif.. kalau tak dari level 28 ke lobi tu aduhai..

few minutes B sampai dengan kereta.. (sorry b i mesti dah kotorkan kereta u) kitorang terus ke KPJ Tawakkal sebab tu je yg paling dekat dengan office ni.. and I still hold benda yg keluar dari perut aku tadi.. 

Sampai kat Hospital aku terus masuk emergency.. luckily masa ni B dapat call suami aku.. huhu bolehla dia tak perasan call & msg masuk berpuluh kali.. 3 kali inject barulah perut aku rasa lega skit.. B dah belikan aku milo.. sebab pagi tu aku puasa & tak minum apa2 memang lost energy rasanya.. 

Pukul 2.30 baru jumpa doktor.. masa ni suami aku dah ada so boleh la B gerak balik office.. kesian dia dah la puasa.. TQ B.. i will always ingat pertolongan u kat i ni.. kalau u takde i tak tau siapa nak hantar i g hospital coz i m badly bleeding..

jumpa doktor.. buat ultrasound & doc ambil 'benda' tu.. doc minta aku & suami keluar dulu & buat urine test sebab doc nak make sure yg itu bukan ketumbuhan.. after few minute doc show aku the result.. confirm aku mengandung 3 months.. confirm aku gugur.. confirm benda tu adalah janin.. confirm janin dah keluar sepenuhnya.. all is confirm..

Aku? aku terdiam.. tak tahu nak react.. air mata macam air paip tapi sejujurnya aku sangat terkejut.. sedih amat sangat tapi.. rasa beban yg menghempuk kepala aku selama ni Allah angkat dengan cara yg sangat indah.. semua kata-kata cacian orang yg selama ni mengatakan aku ni mandul, aku tak mampu ada zuriat, suami aku patut tinggalkan aku, aku ni menyusahkan suami bagai terbang dari benak fikiran aku..Allah..Kau Maha Besar.. Kau angkat kesedihan dan kedukaan aku selama ini dalam cara yg berbeza.. Terima kasih Allah.. walau aku tidak memiliki tapi aku tahu dia ada...dia pernah hadir seketika dalam rahim ini untuk membahagiakan aku.. Alhamdulillah..

bila doc tanya takkan aku tak perasan langsung.. or suami aku.. kami berpandangan dan teringat kembali betapa this few months aku memang jarang sentuh nasi.. aku rasa mual even bila suami aku makan nasi walaupun pada mulanya aku beria cakap lapar nak makan nasi.. aku cuma boleh masuk western or fast food.. so after this kalau jadi lagi camni memang kena kena kena rujuk doctor cepat2.. InshaAllah.. 

but being a good doc.. u spread love & hope.. walaupun hati aku dalam kesedihan & doc yg merawat chinese but the way dia calm buat aku lebih kuat.. masih aku ingat kata2 'its ok.. dia pergi dulu bcoz dia maybe bukan yg terbaik utk u.. 1 day u will get better 1 to replace dia.. but if u tak dapat the other 1 its ok.. jangan sedih coz atleast u r lucky than the others coz u pernah rasa that feeling yg tak semua orang boleh rasa'

Semoga masih lagi ada ruang dan peluang untuk kami miliki zuriat kami sendiri yg sihat, sempurna, soleh @ solehah & membahagiakan... aaminnn..



Hasil carian imej untuk simple pregnant test


Comments

Popular posts from this blog

7 years Wedding Anniversary: A nite stay @ Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur + Break fasting treat @ The Ship Pertama Complex

Assalamualaikum.. 7 years dah kami berkahwin.. Alhamdulillah syukur...tahun ni kebetulan date Anni kami jatuh on ramadhan.. so memandangkan kami selama sebulan ni memanglah teramat busynya dengan menyiapkan rumah sewa (Alhamdulillah dah siap.. hope dapat penyewa2 yg baik & best) also trip ke Penang & Bintulu due to kerja Zull memanglah tak nyempatnya nak menyoping baju raya segala.. so anni kali ni we decide nak stay somewhere yg very near to KL so senang nak g shopping baju2 segala untuk raya.. after do some research we decide to stay kat QHCC ni http://www.quality.com.my/   So 2 days before 3/7 kami pun book hotel by Agoda.com Alhamdulillah dapat rate yg best & under our budget hehe I likessss.. Malam tu kami celeb dulu kat Q-Thai Mitsui KLIA sesambil I belikan Zull kemeja Bonia as gift for our Anni.. tahun ni economy agak tight so kita bg present ala2 je la hihi... Next day on 3/7...check in @ 2pm.. zull siap2 book berbuka puasa kat The Ship Pertama Complex h...

Aku Mahu Menjadi Hebat

Assalamualaikum.. Entah kenapa aku rasa nak menulis ini di hari ini.. Tapi bila melihat kejayaan ramai pihak yang sangat hebat sangat indah sangat Berjaya aku sangat teringin menjadi hebat.. bukan kerana tidak bersyukur.. ya Allah aku amat bersyukur atas kurniaanMu kepadaku.. Melihat Neelofa yang Berjaya menunaikan haji dalam usia muda membuatkan aku rasa indahnya menjadi hebat dan Berjaya.. kerana aku juga punya impian.. walaupun aku pernah menunaikan umrah sebelum ini tetapi untuk menunaikan haji dengan kaedah muassasah masa tu umur aku dah almost 80 tahun.. ya Allah lamanya lagi.. Melihat Dato Siti yang saban tahun menunaikan zakat dalam amount yg sangat banyak.. membina masjid dan sebagainya membuatkan aku rasa betapa indahnya menjadi hebat dan Berjaya.. kerana aku juga punya impian.. walaupun setelah bekerja saban tahun menunaikan zakat tapi nilainya sangat sangat sangat kecil dibandingkan orang2 yang hebat dan Berjaya.. Melihat RCW yang saban bulan melancong dengan ...

JB : JPO , Hello Kitty Town , Legoland

Assalamualaikum......... Hye.....   Cont my blog under label cuti2 Malaysia :) As usual.. untuk agenda cuti2 Malaysia we all jarang buat proper plan.. plan lain g lain hehehe... so kali ni I nak cite pasal our trip to JB... hehehe actually selalu sesangat ke JB ni maklumlah tempat mula2 bercinta acecececeh hehe tapi kali ni version lain sikit coz kitorang suddenly ambil 4 days leave after hubby kena kerja for 3 months 7 days/week huhu so g kali ni memang juz untuk release tension... cam biasa bila kitorang pergi memang dengan tujuan nak jalan2 cari pasal hehe we all takkan stay kat luxury hotel or yang ada bintang2.. so we just walk in je... save budget hehe..   Pagi2 buta dah gerak.. singgah mamak jap untuk breakfast then Bismillahirrohmanirrahim..   1st check point kami di Johor Premium Outlet ... ni tempat wajib singgah tiap kali on the way pergi and balik dari JB.. pada yang kaki shopping sila budget dalam ...