Skip to main content

Welcome 2015...

Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan olehNya untuk meniti ke tahun 2015...selamat tinggal 2014 yang penuh warna warni..pahit manis..suka duka.. semoga hari2 yang mendatang lebih baik lebih indah lebih membahagiakan.. segala yang baik dijadikan tauladan dan sandaran..yang buruk jadikan sempadan dan pengajaran...

Walaupun tidak semua azam yang diimpikan di 2014 tercapai tetaplah bersyukur kerana hanya Dia yang mengetahui segala-galanya.. sebagai manusia biasa kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal..Dia juga yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya... :)

2014 juga merupakan antara tahun yang getir untuk Negara kita.. bermula kes yang masih menjadi misteri MH 370 ( #PrayForMH370) then tragedy menyayat hati MH 17 ( #PrayForMH17 ) dan yang terbaru tragedy banjir besar yang melanda Pantai Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang), Perak, Kedah, Johor dan Sabah ( #Banjir2014 ). Semuanya mengundang air mata yang bukan sedikit.. kedukaan..kelukaan dan kesedihan menjadi satu.. semoga tahun mendatang menjanjikan sesuatu yang lebih indah dan membahagiakan.. semoga segala misteri terungkai..semoga kita mendapat keadilan serta nasib mereka yang ditimpa musibah akan terpelihara... insyaAllah...

Tidak lupa..ucapan jutaan terima kasih atas pengorbanan dan ketulusan hati semua pegawai2, petugas2, badan beruniform, NGO dan sukarelawan yang membantu di saat berlakunya ketiga-tiga peristiwa getir Negara...hanya Allah yang dapat membalas segala budi dan jasa yang ditaburkan...

Selamat Tinggal 2014..................

Selamat Datang 2015............

For me secara peribadi tahun 2014 yang telah berlalu memberi banyak impak yang positif... hati menjadi semakin kuat menerima segala takdirNya.. segala pertanyaan sinis, hinaan dan cacian sudah tidak lagi meninggalkan luka yang dalam... semoga hati ini akan terus kuat demi insan2 yg disayangi..coz I know.. bila saya berduka mereka tersiksa.. terima kasih Allah kerana hadirkan insan2 hebat ini untukku..

Tahun ini juga sangat bermakna coz dapat berkunjung ke Bali with hubby.. one of my wish list dari awal perkahwinan.... Park Regis (Kuta - Bali)

Celebrate our 16th couple anniversary @ Jakarta.. this not the plan but it just happen.. thanks Allah for the opportunity...Millennium Hotel Sirih Jakarta

5th years wedding anniversary @ Melbourne...bermula dari angan2 then menjadi kenyataan...plan yg sangat singkat coz we memang tak plan untuk any vacation since budget pun sangat limited...Alhamdulillah diberi ruang dan peluang ini... Citigate Hotel Melbourne

We had our 1st cruising experience with Star Cruise Libra to Phuket & Krabi... bermula dari cerita kawan2 yang dah naik then we all decide untuk merasai sendiri...ambil pakej paling economy with groupon je hehehehe.. SuperStar Libra Star Cruise
anyway very sweet moment... and under this package we got 1 nite stay @ Hard Rock Hotel Penang (bilik / pool / food memang terbaik !)... Hard Rock Hotel Penang

Tahun ni juga I dapat spend time with mama & both lil sis to JPO Johor Premium Outlets ,   Nouvelle Hotel Kulai Johor.& Penang Hydro Hotel, Miami Beach, Batu Ferringhi, Penang.. stay together.. shopping + jalan2 cari makan hehehehe..

Celebrate hari2 yang penting bersama....
Celebrate mama @ mother's day at  @grills bandar baru bangiCelebrate Babah @ father's day at Restoran Padi Cyberjaya .. celebrate birthday hubby at Hotel Concorde Inn Kuala Lumpur International Airpot , celebrate birthday lil sis at Kelab Tasik Putrajaya , celebrate birthday Intan at IOI Marriot Hotel Putrajaya , celebrate my birthday at The Everly Hotel Putrajaya , celebrate birthday mama at Marina Putrajaya , celebrate birthday Khaleef at Secret Recipe Sri Serdang and celebrate birthday Babah at Kelab Tasik Putrajaya with most of family members..

Semuanya menjadi momen yang sangat indah untuk dikenang in my life bersama orang2 yg sangat bermakna dalam kehidupan ini.. yg menjadi kekuatan dalam meniti hari2 yang penuh cabaran...

Anyway.. tahun 2014 ini juga banyak mendewasakan dengan pelbagai pengalaman sedih dan suram yang menyakitkan..tapi biarlah ianya menjadi lipatan sejarah.. semoga yang kelam tidak berulang... semoga sesiapa jua yang bersalah telah mendapat pengajarannya dan belajar untuk menjadi lebih baik...lebih menghormati hak dan perasaan sesama manusia..


Selamat Tahun Baru All................ :)

Comments

Popular posts from this blog

7 years Wedding Anniversary: A nite stay @ Quality Hotel City Centre Kuala Lumpur + Break fasting treat @ The Ship Pertama Complex

Assalamualaikum.. 7 years dah kami berkahwin.. Alhamdulillah syukur...tahun ni kebetulan date Anni kami jatuh on ramadhan.. so memandangkan kami selama sebulan ni memanglah teramat busynya dengan menyiapkan rumah sewa (Alhamdulillah dah siap.. hope dapat penyewa2 yg baik & best) also trip ke Penang & Bintulu due to kerja Zull memanglah tak nyempatnya nak menyoping baju raya segala.. so anni kali ni we decide nak stay somewhere yg very near to KL so senang nak g shopping baju2 segala untuk raya.. after do some research we decide to stay kat QHCC ni http://www.quality.com.my/   So 2 days before 3/7 kami pun book hotel by Agoda.com Alhamdulillah dapat rate yg best & under our budget hehe I likessss.. Malam tu kami celeb dulu kat Q-Thai Mitsui KLIA sesambil I belikan Zull kemeja Bonia as gift for our Anni.. tahun ni economy agak tight so kita bg present ala2 je la hihi... Next day on 3/7...check in @ 2pm.. zull siap2 book berbuka puasa kat The Ship Pertama Complex h...

Aku Mahu Menjadi Hebat

Assalamualaikum.. Entah kenapa aku rasa nak menulis ini di hari ini.. Tapi bila melihat kejayaan ramai pihak yang sangat hebat sangat indah sangat Berjaya aku sangat teringin menjadi hebat.. bukan kerana tidak bersyukur.. ya Allah aku amat bersyukur atas kurniaanMu kepadaku.. Melihat Neelofa yang Berjaya menunaikan haji dalam usia muda membuatkan aku rasa indahnya menjadi hebat dan Berjaya.. kerana aku juga punya impian.. walaupun aku pernah menunaikan umrah sebelum ini tetapi untuk menunaikan haji dengan kaedah muassasah masa tu umur aku dah almost 80 tahun.. ya Allah lamanya lagi.. Melihat Dato Siti yang saban tahun menunaikan zakat dalam amount yg sangat banyak.. membina masjid dan sebagainya membuatkan aku rasa betapa indahnya menjadi hebat dan Berjaya.. kerana aku juga punya impian.. walaupun setelah bekerja saban tahun menunaikan zakat tapi nilainya sangat sangat sangat kecil dibandingkan orang2 yang hebat dan Berjaya.. Melihat RCW yang saban bulan melancong dengan ...

JB : JPO , Hello Kitty Town , Legoland

Assalamualaikum......... Hye.....   Cont my blog under label cuti2 Malaysia :) As usual.. untuk agenda cuti2 Malaysia we all jarang buat proper plan.. plan lain g lain hehehe... so kali ni I nak cite pasal our trip to JB... hehehe actually selalu sesangat ke JB ni maklumlah tempat mula2 bercinta acecececeh hehe tapi kali ni version lain sikit coz kitorang suddenly ambil 4 days leave after hubby kena kerja for 3 months 7 days/week huhu so g kali ni memang juz untuk release tension... cam biasa bila kitorang pergi memang dengan tujuan nak jalan2 cari pasal hehe we all takkan stay kat luxury hotel or yang ada bintang2.. so we just walk in je... save budget hehe..   Pagi2 buta dah gerak.. singgah mamak jap untuk breakfast then Bismillahirrohmanirrahim..   1st check point kami di Johor Premium Outlet ... ni tempat wajib singgah tiap kali on the way pergi and balik dari JB.. pada yang kaki shopping sila budget dalam ...